ANUGERAH DARI TUHAN

Kami ditugaskan oleh pensyarah kami untuk menghasilkan sebuah drama. Kami memilih tajuk Anugerah Dari Tuhan bertemakan kesyukuran atas anugerah yang telah dikurniakan oleh Allah.

TEMA
Bersyukur atas anugerah dari Tuhan.

         OBJEKTIF
Penyelidik telah menetapkan satu objektif utama yang boleh diterapkan dalam rakaman drama ini. Objektif utama rakaman drama ini adalah

1.     Untuk melahirkan kesedaran kepada masyarakat tentang penting menghargai pemberian dari Tuhan
2.     Untuk menzahirkan rasa syukur dengan takdir yang ditentukan ke atasnya.
3.     Untuk menyampaikan nilai-nilai dakwah dalam hanya satu penceritaan.

KEPENTINGAN (APA YANG ISTIMEWA)
·        Penonton dapat mengambil pengajaran secara tidak langsung daripada watak-watak dalam drama tersebut.
·        Drama yang menyayat hati ini memberi kesan yang mendalam kepadpenonton yang menyaksikannya kerana dalam setiap skrip yang disampaikan oleh pelakon-pelakon tersebut mempunyai unsur dakwah.
·        Drama ini tidak terlalu sempit penyampaiannya malahan penyampaian dakwah dalam drama ini adalah lain dari yang lain.

SINOPSIS
Adam dan Hanim telah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak yang cacat dan tempang diberi nama Maryam. Namun begitu, Hanim tidak dapat menerima takdir bahawa anaknya dilahirkan sebegitu dan sering bersikap kasar terhadapnya. Suatu hari, Adam pergi ke pekan untuk membeli hadiah buat Maryam. Malangnya Adam ditimpa kemalangan dan meninggal dunia. Sejak itu, Hanim menyalahkan Maryam atas kematian Adam. Pada suatu hari, Hanim mengalami demam panas dan Maryamlah yang menjaganya. Sikap Maryam yang tetap berbuat baik kepadanya walaupun sering disakiti membuatkan dia insaf dan mula menerima Maryam. 


No comments:

Post a Comment