Kedengaran bunyi air menderu menghiasi ruang wuduk surau baik
perempuan mahupun lelaki masing-masing sibuk mengambil wudhuk untuk menunaikan
solat maghrib setelah berbuka puasa.
Manakala Hafiza sibuk mengangkat pinggan mangkuk dan membuang sisa
makanan Jemaah surau itu acapkali mata mengerling ke arah jam di dinding
menanti kedatangan ibunya dari rumah untuk menggantikannnya untuk menunaikan
solat maghrib. Begitulah rutin Hafiza dan ibunya setiap kali Ramadhan menjelang
kerana ibunya menguruskan kateringnya di surau tersebut.
Hafiza merupakan anak sulung dari tujuh orang adik beradik dan
kecintaannya kepada ibunya sangat mendalam. Kesungguhan ibunya dalam
membesarkan tujuh orang adik beradik setelah ketiadaan ayahnya membuatkan
Hafiza sangat tekad untuk mengubah nasib kehidupan ibu dan adik-adiknya. Namun
demikian, kehidupannya berubah apabila ibunya dimasukkan ke hospital dan tidak
mampu lagi bekerja keras seperti dahulu. Hafiza masih melanjutkan pelajarannya
di universiti dan masih tidak berpeluang membantu ibunya sepenuh masa di rumah.
Sejak dari ibunya disahkan menghidap penyakit osteoporosis, semakin hari Hafiza
terpaksa mencatu untuk menampung perbelanjaan di universiti dan bekerja
sepanjang pengajiannya untuk menampung perbelanjaan persekolahan adik-adiknya.
Pelbagai cabaran yang Hafiza tempuhi untuk membantu ibunya. Namun,
Hafiza merupakan seorang yang kuat semangat dan positif dalam mencapai
cita-citanya. Ketika itu, ramai juga pemuda-pemuda di kampung yang ingin masuk
meminangnya untuk membantu kehidupannya namun disebabkan fokusnya hanyalah
kecintaan kepada ibunya ditolak semua pinangan kerana azamnya adalah selagi
dirinya tidak mengenggam segulung ijazah. Maka, unsur-unsur yang menganggu
gugat matlamatnya yang hadir dalam hidupnya ditepis dan dihindari kerana
fokusnya adalah ibunya yang tercinta.
Ibu Hafiza tidak pernah terlepas setiap kali appointment dengan
pakar perubatan kerana ibunya sentiasa mencari ikhtiar untuk mengubati
penyakitnya dan meneruskan kehidupan bersama anak-anak tercinta. Melihat
ketabahan Hafiza dalam berjuang menuntut ilmu dan menyara adik-adiknya
membuatkan ibu Hafiza lebih bersemangat untuk sembuh dari penyakitnya.
Kecintaan ibu kepada seorang anak tidak pernah dilupakan oleh Hafiza. Hafiza
sangat ringan tulang, dia telah bekerja di sebuah pasaraya dan suatu hari
ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya beliau melihat seorang mak cik tua
sedang mengira duit dalam dompetnya untuk menaiki bas. Namun ketika mak cik
tersebut berada di hadapan pintu bas dia tidak naik bas tersebut. Hafiza hairan
dan mendekati wanita tersebut dan menanyakan :
“Kenapa mak cik tidak naik bas ini?”
Mak cik tersebut menjawab:
“Mak cik tidak cukup duit?”
Hafiza pun menawarkan wangnya kepada mak cik tersebut dan menaiki
bas tersebut bersama-sama dengan mak cik tersebut. Mereka duduk bersebelahan di
bas tersebut. Hafiza dan mak cik tersebut berbual bersama. Mak cik tersebut
menanyakan Hafiza ingin kemana dan Hafiza menjelaskan dengan hemah setiap
pertanyaan mak cik tersebut. Hafiza menyatakan bahawa dia ingin ke tempat
kerjanya. Mak cik tersebut bertanya kepada Hafiza adakah Hafiza masih belajar.
Hafiza menceritakan bahawa Hafiza adalah pelajar kolej ini dan bekerja ini adalah
kerja sambilannya untuk menampung perbelanjaannya. Kemudian, Mak cik tersebut
mengatakan bahawa dia juga adalah bekas pelajar kolej tersebut. Mak cik
tersebut mengatakan bahwa dia adalah seorang peguam dan merupakan bekas hakim
Lembaga Rayuan di sebuah majlis bandaraya. Hafiza tersentak sejenak di sudut
hatinya memikirkan betapa merendah diri seorang peguam dan bekas hakim ini
dengan tutur katanya yang lemah lembut.
Nampaknya bas sudah menghampiri destinasi yang ingin Hafiza turun.
Hafiza menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan mak cik itu. Selepas itu,
Hafiza berdiri untuk keluar dari bas tersebut kemudian mak cik tersebut
menghulurkan kadnya dan menyuruh Hafiza datang ke pejabatnya esok pagi seawal
jam 9 dengan membawa sekali transkrip peperiksaan. Hafiza hanya tersenyum dan
mengucapkan salam kepada mak cik tersebut.
Hafiza masih terfikir adakah benar mak cik tersebut merupakan
seorang peguam namun kad yang diberikan oleh mak cik tersebut namanya yang
tertera disitu adalah Dato Shamsiah. Hafiza meneruskan kerjanya seperti biasa.
Pada keesokan harinya, kuliahnya bermula jam 10 maka dia mengambil keputusan
untuk pergi ke firma milik mak cik tersebut sebelum jam 10. Setelah sampai
disitu, Hafiza disambut baik oleh pekerja di firma tersebut sambil
membelek-belek akhbar di kerusi menunggu, mak cik yang ditemui kelmarin tiba
dengan pakaian yang sangat professional dan sangat cantik.
Kemudian, Hafiza dipanggil masuk ke bilik Dato’ tersebut. Dato’
tersebut sangat berhemah dan melayan Hafiza dengan sangat baik. Dato’ tersebut
menyerahkan sampul kepada Hafiza dan menyatakan kepada Hafiza bahawa dia akan
menaja pengajian Hafiza di universiti. Pesanan Dato kepada Hafiza kasih sayang
adalah rahmat dan pinjaman Allah. Hafiza mudahkan urusan Dato’ tersebut Allah
mudahkan urusan Hafiza. Kecintaan Hafiza kepada ibu Hafiza membawa kasih
sayang yang berlipat ganda kepada Hafiza. Kadang-kadang pengorbanan kita yang
kecil membawa sejuta rahmat. Setiap perbuatan baik akan dibalas dengan baik.
Kesabaran dalam menghadapi dugaan hidup akan membawa ganjaran yang tidak
disangka. Sesungguhnya Allah pengatur terbaik dalam kehidupan.
NUR FATIHAH ZAHIRAH BINTI AZIZI

No comments:
Post a Comment